BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, February 25, 2010

Pesanan TeRakhiR Rasulullah....


Berjumpa kembali....


Sempena maulidul rasul pada hari ini, seronok saya nak kongsikan dengan semua mengenai pesanan terakhir Nabi Muhammad s.a.w yang disampaikan dalam kuthbah terakhir baginda dihadapan semua muslimin. Kuthbah tersebut telah disampaikan 9 Zulhijah, 10 hijrah ketika baginda mengerjakan haji di Lembah Uranah, Bukit Arafah


Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak aku katakan, aku tidak mengetahui adakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu, dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.


" Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, anggaplah jiwa dan harta setiap muslim sebagai amanah suci.


Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemilik yang berhak.


Janganlah kamu sakiti sesiapa pun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi.


Ingatlah sesungguhnya kamu akan menemui tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu.


Allah telah mengharamkan riba. oleh itu, semua urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.


berwaspadalah terhadap Syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa dalam menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar. maka berjagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkar kecil.


Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak keatas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak untuk diberikan makanan dan pakaian, dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baikdan berlemah lembutlah dengan mereka kerana sesungguhnya, mereka adalah pembantu dan teman yang setia. dan hak kamu ke atas mereka ialah mereka sama sekali tidak memasukkan orang yang tidak kamu sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.


Wahai manusia!! Dengarlah sungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikan solat 5 waktu, berpuasalah di bulan ramadhan dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu.


ketahuilah bahawa setiap muslim adalah saudara kepada muslim yang lain. Kamu semua dalah sama, tidak ada seorang yang mulia dari yang lainnya kecuali dalam taqwa dan beramal soleh.


Ingatlah bahawa kamu akan mengadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang kamu kerjakan. oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.


Wahai manusia, tidak ada lagi nabi dan rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru.


oleh itu manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan. Sesungguhnya, aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. iaitu Al-Quran dan Sunnahku.


Hendaklah orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada ornag lain, Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku daripada mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, Bahawasanya telah aku sampaikan risalahmu kepada hamba-hambamu...


Begitulah pesanan terakhir yang disampaikan oleh Rasulullah kepada semua umat. Baginda tidak meninggalkan kita dengan harta atau kekayaan, tetapi baginda meninggalkan kita dengan dua benda yang begitu berharga yakni Al-Quran dan Sunnah.


Semoga sama-sama kita terus mencintai Rasulullah. Dan semoga kita mendapat syafaat dari baginda di akhirat kelak..


Selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w...