BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, November 30, 2011

MALU!!!!



“woih, junior kita ke ni? Seksi gila..”

“Biar betul budak ni, Teruknya!”

Perkataan – perkataan ini menggamatkan suasana seketika, tatkala kecoh apabila seorang junior perempuan telah mengupload gambar – gambarnya ke dalam facebooknya.

Saya juga turut melihat. Masyaallah, memang ia cukup teruk sekali. Tidak bertudung dan hanya bersinglet. Apakah ini?

Dimanakah nilai kamu sebagai seorang muslimah wahai junior?

Apakah kamu bermaruah? Dimana taraf kamu sebagai bakal pendidik?

Kamu tidak malukah?


Wanita itu perlu malu

Seorang muslimah yang patuh kepada perintah Allah dan RasulNya tidak akan menggadaikan maruah diri semata-mata mahu nampak moden dan mengikut perkembangan semasa. Wanita wajib malu mendedahkan diri mereka kepada lelaki yang boleh dikahwini dan ditengah-tengah masyarakatnya. Malu seorang wanita itu datang daripada sifat malu kerana takutkan Allah.

Dalam Islam, sifat malu ditekankan pada setiap umatnya tidak kira sama ada wanita atau lelaki. Namun, wanita Muslimah ditekankan aspek menjaga maruah dan memiliki sifat malu memandangkan wanita merupakan golongan yang lemah, mempunyai 9 nafsu yang pelbagai serta dikatakan paling ramai menghuni neraka.Tentang hal ini, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

“Aku melihat ke dalam syurga, maka aku melihat kebanyakan penduduknya adalah fuqara (orang-orang fakir) dan aku melihat ke dalam neraka maka aku menyaksikan kebanyakan penduduknya adalah wanita.” (Riwayat Bukhari dan Muslim daripada Ibnu Abbas dan Imran serta selain kedua-duanya)

Kalian tidak takutkah ancaman azab Allah wahai wanita?


Kalian telah berlaku zalim!

Ya, saya mengatakan kalian zalim

Saya tidak akan mengatakan kalian zalim jika kalian sendiri ingin menjadi bahan api neraka. Itu hak kamu jika kamu tidak mahu mendengar nasihat. ( Tetapi itu zalim juga, zalim kepada diri sendiri )

Tetapi,

Tahukah wahai wanita sekalian bahawa Allah telah memberi amanah kepada bapa, abang datuk dan bapa saudara kalian untuk memelihara kehormatan kalian?

Adakah kamu sanggup melempar bapa kamu ke dalam neraka lantaran sifat kamu?

Kamu juga zalim kepada Islam, kerana kamu telah mencalarkan imej Islam.

Kamu juga telah zalim kepada bakal suami kamu, kamu telah mendedahkan bahagian tubuh kamu kepada yang tidak berhak.

Kamu juga telah menzalimi lelaki lain yang bukan mahram melihat aurat kamu, dengan menyebabkan mereka berdosa.

Ingatlah, setiap lelaki yang memandang aurat kamu akan mendapat dosa, tetapi kamu pula akan menanggung dosa setiap lelaki yang memandang kamu!


Kroniknya masalah ini

Kroniknya masalah ini, kerana ia merosakkan kepercayaan masyarakat kepada Islam dan institusi pendidikan. Mungkin orang lain melihatnya sebagai perkara biasa, tetapi saya tidak

Tetapi, atas sikap kita sendiri, manusia-manusia mula hilang hormat kepada warga pendidik. Tetapi saya lebih melihat perkara ini sebagai masalah ummah

“Orang Islam pun pakai seksi”

“Cikgu muslimah pun tak jaga aurat”

Dan manusia-manusia yang berusaha menjatuhkan Islam akan menggunakan hal ini sebagai satu ruang untuk memburuk-burukkan Islam.

Formula di dalam kepala manusia mudah.

Orang Islam = Islam itu sendiri. Apa-apa sahaja orang Islam itu lakukan, maka mereka akan merasakan bahawa itu adalah apa yang Islam ajarkan, lebih – lebih lagi imej yang dibawa oleh warga pendidik.


Penutup : Saya sudah menegur, terpulanglah

Malu adalah lambang iman yang akan membawa seseorang ke syurga.

“Malu dan amanah adalah perkara yang mula-mula sekali hilang dari dunia ini, sebab itu mintalah dengan Allah untuk kedua-duanya”
(Riwayat Bukhari)

Pemalu bukan sahaja memperlihatkan kemanisan akhlak dan ketinggian akidah seseorang wanita. Malah, memelihara diri wanita itu sendiri daripada kehinaan dan kemusnahan peribadi secara beransur-ansur. Ingatlah kita ini diperhatikan hakikatnya. Diperhatikan oleh Allah dan para malaikat untuk dinilai buat tuaian ladang akhirat. Diperhatikan oleh manusia juga untuk dicontohi. Diperhatikan juga musuh untuk dipergunakan.

Seorang pujangga mengatakan, “hidupnya wajah berkat malu, sebagaimana tanaman berkat air”

Malu adalah kunci segala kebaikan, maka tanamlah sifat malu supaya kita menjadi manusia yang lebih berintegriti.

Saturday, February 27, 2010

WANT TO BE "SITI"


Salam ukhwah....


Bertemu lagi...

Jom kita sama-sama jadi seperti Siti....... contohilah mereka....

1) Siti Khadijah

- Beliau merupakan isteri Rasulullah saw yang melahirkan anak2 Rasulullah, setia dan menyokong Rasulullah walaupun ditentang hebat oleh orang2 kafir dan musyrik, menghantarkan makanan kepada Baginda ketika Baginda beribadat di Gua Hira'.


2) Siti Fatimah

- Anak Rasulullah saw yang tinggi budi pekertinya. Sangat kasih dan setia kepada suaminya Ali karamallahu wajhah walaupun Ali miskin. Tidur berkongsikan 1 bantal dan kadang2 berbantalkan lengan Ali. Rasulullah saw pernah bersabda 'Aku takkan maafkan kamu wahai Fatimah sehinggalah Ali maafkan kamu.'


3) Siti Aisyah

- Beliau isteri Rasulullah yang paling romantik. Sanggup berkongsi bekas makanan dan minuman dengan Rasulullah saw. Di mana Nabi saw minum di situ beliau akan minum menggunakan bekas yang sama.


4) Siti Hajar

- Isteri Nabi Ibrahim yang patuh kepada suami dan suruhan Allah. Sanggup ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim atas suruhan Allah demi kebaikan. Berjuang mencari air untuk anaknya Nabi Ismail (Pengorbanan seorang ibu mithali).


5) Siti Mariam

- Wanita suci yang memang pandai menjaga kehormatan diri dan mempunyai maruah yang tinggi sehingga rahimnya dipilih oh Allah swt untuk mengandungkan Nabi Isa as.


6) Siti Asiah

- Isteri Firaun yang tinggi imannya dan tidak gentar dengan ujian yang dihadapinya darapada Firaun Laknatullah.


7) Siti Aminah

- Wanita mulia yang menjadi ibu kandung Rasullullah saw. Mendidik baginda menjadi insan mulia.


8) Siti Muti'ah

- Isteri yang patut dicontohi dan dijanjikan Allah syurga untuknya kerana setianya kepada suami, menjaga makan minum, menyediakan tongkat untuk dipukul oleh suaminya sekiranya layanannya tidak memuaskan hati, berhias dengan cantik untuk tatapan suaminya sahaja.


9 ) Siti Zubaidah

- Wanita kaya dermawan yang menjadi isteri Khalifah Harun Al-Rashid. Sanggup membelanjakan semua hartanya untuk membina terusan untuk kegunaan orang ramai hanya niat kerana Allah swt.



* 9 Siti ini adalah petikan daripada kata2 Ustazah Siti Norbahyah Mahmud dlm rancangan Halaqah TV9 bertajuk 'SITI IMPIAN'. Adakah kita tergolong antara Siti2 ini? Tepuk dada tanya iman. Sama2 kita tingkatkan ilmu kita untuk menjadi insan yang lebih baik di Bumi Allah ini, insyaAllah.



kredit to: tok wan...

Thursday, February 25, 2010

Pesanan TeRakhiR Rasulullah....


Berjumpa kembali....


Sempena maulidul rasul pada hari ini, seronok saya nak kongsikan dengan semua mengenai pesanan terakhir Nabi Muhammad s.a.w yang disampaikan dalam kuthbah terakhir baginda dihadapan semua muslimin. Kuthbah tersebut telah disampaikan 9 Zulhijah, 10 hijrah ketika baginda mengerjakan haji di Lembah Uranah, Bukit Arafah


Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak aku katakan, aku tidak mengetahui adakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu, dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.


" Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, anggaplah jiwa dan harta setiap muslim sebagai amanah suci.


Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemilik yang berhak.


Janganlah kamu sakiti sesiapa pun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi.


Ingatlah sesungguhnya kamu akan menemui tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu.


Allah telah mengharamkan riba. oleh itu, semua urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.


berwaspadalah terhadap Syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa dalam menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar. maka berjagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkar kecil.


Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak keatas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak untuk diberikan makanan dan pakaian, dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baikdan berlemah lembutlah dengan mereka kerana sesungguhnya, mereka adalah pembantu dan teman yang setia. dan hak kamu ke atas mereka ialah mereka sama sekali tidak memasukkan orang yang tidak kamu sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.


Wahai manusia!! Dengarlah sungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikan solat 5 waktu, berpuasalah di bulan ramadhan dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu.


ketahuilah bahawa setiap muslim adalah saudara kepada muslim yang lain. Kamu semua dalah sama, tidak ada seorang yang mulia dari yang lainnya kecuali dalam taqwa dan beramal soleh.


Ingatlah bahawa kamu akan mengadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang kamu kerjakan. oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.


Wahai manusia, tidak ada lagi nabi dan rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru.


oleh itu manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan. Sesungguhnya, aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. iaitu Al-Quran dan Sunnahku.


Hendaklah orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada ornag lain, Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku daripada mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, Bahawasanya telah aku sampaikan risalahmu kepada hamba-hambamu...


Begitulah pesanan terakhir yang disampaikan oleh Rasulullah kepada semua umat. Baginda tidak meninggalkan kita dengan harta atau kekayaan, tetapi baginda meninggalkan kita dengan dua benda yang begitu berharga yakni Al-Quran dan Sunnah.


Semoga sama-sama kita terus mencintai Rasulullah. Dan semoga kita mendapat syafaat dari baginda di akhirat kelak..


Selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w...







Tuesday, February 23, 2010

"Formula Kejayaan"


kisah ini saya nak kongsi dengan semua yang bergelar pelajar. Kisah ini saya baca dalam sebuah buku....

bermulalah satu cerita.......

(kisah ini mengenai Ali )
Saya memang 'jealous' dengan shah yang sentiasa selalu dapat tempat pertama dalam mana-mana ujian atau peperiksaan. Dialah yang paling 'terror' tuk matapelajaran Matematik dan Matematik Tambahan. Nak dikatakan dia ni rajin, taklah juga., sama seperti pelajar-pelajar lain, almaklum tinggal di asrama , semua mengikut jadual. teringin juga saya merebut takhta no.1 daripadanya, tetapi belum berjaya.

Sebab ada sikap jealous dalam diri saya, saya sering membuat pengamatan mengenai rahsianya, tetapi tidak nampak, tidak dapat dikesan. suatu hari, saya beranikan diri bertanya pada Shah.

" aku kagumlah dengan kebolehan engkau Shah. engkau memang hebat. Kebolehan dan kepintaran engkau memang tak boleh lawan la. aku teringin nak menyaingi engkau, usaha dah aku cuba. teringat aku kata-kata cikgu aku dulu Ability +Effort =Result .

" Ali, formula tu kena ubah. banyak pakar motivasi kata Abilty + Effort x Attitude = Result. Attitude atau sikap sangat penting. sikap kita kena sentiasa positif, macam satu lagu yang selalu kat tv tu..


jika kau fikirkan kau boleh, kau hampir boleh melakukan,

jika engkau ragu-ragu, kerja tak menentu

jika kau fikir kekalahan, kau hampiri kegagalan

jika kau fikir kemenangan, kau hampiri kejayaan,

kaulah apa yang kau fikirkan....


"Itu sahaja rahsia kau?

" haah, campur dengan doa dan keyakinan"

begitulah kisahnya....
disini saya nak kongsi sikit, sebenarnya apa yang kita impikan akan dapat kita capai jika kita mempunyai ciri-ciri macam Shah kat citer di atas.



Friday, November 13, 2009

perempuan oh perempuan !!!!

salam satu Malaysia..


lama tak singgah kat blog ni. maklum lah minggu exam. semalam aku ada terbaca satu artikel kat iluvislam. agak menarik. cerita pasal kaum hawa. ni aku nak kongsi ngan korang sume..


hari ini ramai insan yang bergelar hawa melihat siapa yang ingin mereka contohi. Hari ini, kaum adam akan memilih perempuan bagaimana untuk dijadikan isteri? hari ini, masyarakat akan mengagungkan perempuan yang bagaimana? Hari ini, perempuan bagaimana yang dianggap mulia? Hari ini, perempuan bagaimana yang lelaki puja? Semua persoalan ini, korang boleh jawap sendiri, renung diri sendiri, atau sekeliling anda untuk mencari jawapan. pasti jawapannya hampir serupa. "aku ingin perempuan yang baik" . Ini mungkin salah satu jawapan yang diperolehi.


Namun zaman sekarang ini melihatkan ramai dalam kalangan kita yang lupa untuk menjadikan wanita-wanita agung yang patut dicontohi. qudwah untuk wanita-wanita seluruh dunia, sepanjang zaman. wanita-wanita inilah yang mengusung panji ISLAM dalam kehidupan. Seterusnya memuliakan diri mereka dengan kalimah ALLAh S.W.T. Jadi, hari ini saya ingin mengingatkan tentang wanita-wanita yang dah dilupakan ummah ini.



Ramai manusia yang telah melupakan Ummul Mukminin Khadijah binti Khuwailid. beliaulah yang digelar Afifah Solehah (wanita suci). seorang perempuan yang sanggup berkorban semua kekayaan untuk membantu dakwah Rasulullah S.A.w. beliaulah yang pertama beriman tanpa meragukan seruan Rasulullah S.A.W. beliaulah wanita yang menenangkan suaminya yang ketakutan tanpa memperlekehkan. dialah wanita, tegar bertahan susah senang bersama suaminya, sehingga nyawa ditarik Allah S.W.T. bayangakan, beliau seorang hartawan tetapi sanggup dipulau bersama Rasulullah selama 3 tahun 3 bulan dan makan pucuk kayu sehingga pecah mulut.


Ramai juga yang terlupa dengan Fatimah Az-Zahrah Binti Muhammad. beliaulah yang bertahan di sisi ayahandanya, Rasulullah S.A.W ketika diseksa teruk. tanpa kecewa, tanpa berasa putus asa, beliau sentiasa membantu ayahandanya sering disakiti. tangannya yang suci bersih itulah yang membersihkan najis yang dibaling ke ayahnya. tangannya yang suci itulah yang membersihkan luka ayahnya. seorang wanita yang tabah, kuat menempuh segala dugaan.


ramai juga yang terlupa kepada seorang wanita bernama Asiah, isteri kepada Firaun yang menentang Musa. Allah telah menjadikan bicaranya lembut sehingga menyelamatkan Musa A.S daripada dibunuh firaun. Allah juga menjadikan beliau antara yang beriman dengan seruan Musa A.S. Malah Allah S.W.T telah merakamkan namanya dalam ummul kitab Al-Quran, dan menjanjikan syurga atas ketabahannya dalam mengharungi hidup bersama Firaun dan menerima seksaan dalam mengekalkan islam dalam diri.
Ramai juga tidak tahu tentang Masyitah. beliau adalah tukang penyisir rambut anak Firaun. Beriman kepada Allah dan nabi Musa. Malangnya, keimanannya telah diketahui oleh Firaun. akhirnya, beliau bersama suami, serta anaknya yang masih bayi telah dicampakkan ke dalam kuali yang penuh dengan minyak mendidih. Walaupun nyawanya dihujung tanduk, namun imannya tidak tergadai, malah terjun ke dalam kuali dengan penuh keyakinan dan keimanan. Masyitah mati syahid dalam mempertahankan keimanannya dari tergadai.
siapakah yang ingin mencontohi Nusaibah? ketika pernag Uhud, Nusaibah keluar memberi minum kepada pasukan muslimin yang kehausan dan merawat mereka yang luka. Apabila keadaan menjadi terdesak, tentera lari dari medan perang, hanya tinggal seratus orang sahaja yang bertahan dan Nusaibah adalah dalam kalangan mereka yang bertahan dan menghunuskan pedang dan memakai perisai untuk melindungi Rasulullah dari diserang musuh. kesungguhan Nusaibah melindungi Rasulullah begitu hebat, sehingga rasulullah berkat
"aku tidak menoleh ke kiri dan ke kanan kecuali melihat Ummu Imarah ( Nusaibah ) berpernag dihadapanku'
ketika itu, anaknya luka parah ditikam musuh, dia mengikat luka anaknya lalu berkata " bangun wahai anakku". anaknya itu terus bangun dan menentang musuh. Rasulullah yang melihat peristiwa itu bersabda "Wahai Ummu Imarah, siapakah yang mampu lakukan seperti mana engkau lakukan?"
siapa pula yang ingin mencontohi Ummu Sulaim, Isteri kepada ABu Talhah. Siapa ingin mencontohi Ummu Salamah? ramai lagi wanita-wanita terbilang dalam islam yang boleh dicontohi. Aisyah r.A, Khansa, Asma' Binti Abu bakr dan ramailah lagi wanita-wanita islam agung.
tapi tahukah kalian akan nama-nama tersebut. wahai insan yang bergelar perempuan, siapakah antara kalian yang mengingati mereka. sedangkan hari ini kita puja dan sanjungi wanita-wanita cantik yang terpapar di kaca televisyen. Hari ini, kita berlumba-lumba untuk menjadi seperti wanita cantik dalam dunia hiburan. wanita-wanita dalam lipatan sirah ini terus dilupakan.
jadi, fikir-fikirkanlah, renung-renungkanlah.

Saturday, October 24, 2009

aku bru nak blajar wt blog.. hehe.. ketinggalan teknologi betul aku ni... apa2 pun hari ni hari sabtu... eh silap dah masuk hari ahad.. maknanya dah 2 hari aku abis kuliah... awal bulan depan stat exam... aduhh... malasnya nak membaca... sepanjang sem ni bayk betul benda aku lalui.. mcm2 ada.. kadang2 trtekan sangat.. tp semua tu bila pikir-pikir balik seronok pun ada. dari stat mendaftar aku dah belajar macam2. yang paling best bila dapat duduk sekali ngan kawan2 aku.. haha... ni gambar2 kenangan sepanjang sem ni...
ni gambar aku ngn member2.. depan kedai gambar pun jadi bergambar...
masa g baksis kat kuali linggi.
byk lagi gambar2... mlas plak nk upload... lain kali la...